Cadangan Pembinaan Masjid Baru akan dilaksanakan dalam RMK 9, pembinaan ini dijanka menelan belanja sebanyak 2 juta ringgit. Sudah hampir 15 tahun cadangan ini ingin dilaksanakan tetapi tergendala oleh sebab faktor ekonomi yang tidak mengizinkan.
Hasil kerjasama peneroka dan sumbangan dari pelbagai pihak telah dapat mengumpul dana sebanyak RM 350,000.00. Cadangan pembinaan masjid baru adalah bertujuan untuk memberi keselesaan pada para jemaah, ini disebabkan kawasan dalam masjid yang rendah serta terlalu panas dan berbahang.
Kami bagi pihak AJK masjid menyeru pada muslimin dan muslimat yang berkemampuan untuk menyumbang bagi mengumpul dana bagi tujuan pembinaan masjid tersebut. Semoga Allah akan memberkati segala sumbangan yang diberikan.
Setiap sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek ke akaun CIMB Bank : 0002560052(Badan Masjid dan Agama Felda Air Tawar 2)