BORANG AQAD
Nama Peserta: __________________________________________________
No. Kad Pengenalan(Baru): ____________________________ (Lama): _________________
Tarikh Lahir:  _______________________              Umur:  _________    Jantina : L   /   P
Maklumat Ahli Keluarga:
Bil Nama No. Kad Pengenalan Hubungan Dengan Peserta Tarikh Lahir
    
Syarat-Syarat:
1. Yuran keahlian terbagi kepada 2 kategori :
i)      Yuran untuk peserta takaful RM26.00 setahun. Kelayakan umur 18 tahun hingga 75 tahun dan bagi anak tanggungan 3 hari selepas dilahirkan layak menerima manafaat. Manafat yang diterima untuk ahli dan pasangan RM 2000.00 dan bagi anak dibawah tanggungan RM 1000.00(Sebelum ditolak jariah simati 20%)
ii) Yuran untuk peserta khairat JKKK RM 10.00 untuk keahlian (tanggungan akan melibatkan pasangan (suami/isteri) dan anak yang dibawah 18 tahun dan sehingga 26 tahun yang masih belajar) DAN (Duda, Ibu Tunggal dan Bujang). Jika berlaku kematian ke atas mana-mana pencarum, maka pungutan melalui potongan gaji sebanyak RM1.00 akan dibuat pada  setiap ahli. Oleh itu, segala urusan jenazah akan ditanggung tanpa melibatkan waris. Tiada had umur ditetapkan untuk menyertai skim caruman ini. Diwajibkan kepada mereka yang telah melebihi had umur 76 tahun ke atas. Manakala mereka yang berumur 76 tahun ke bawah digalakkan menyertai skim takaful yang dikendalikan oleh Badan Masjid.
3. Sila sertakan salinan photostat Kad Pengenalan bagi setiap Ahli dan tanggungan yang terlibat.
Tarikh:…………………….      T/Tangan: ……………….
# Segala butiran hendaklah dihantar pada webmaster : iezam_a@yahoo.com
BADAN AGAMA DAN MASJID AL-FAIZIN
Pejabat Pentadbiran Masjid AL-FAIZIN Kg. Felda Air Tawar 2,81920 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. No Tel Pengerusi: 012-718 1663 No Tel Setiausaha: 016-711 2529 No Tel Bendahari : 019-716 2680 Website:http://alfaizin-masjid.blogspot.com WebMaster : iezam_a@yahoo.com
Pembinaa Masjid Baru
Cadangan Pembinaan Masjid Baru akan dilaksanakan dalam RMK 9, pembinaan ini dijanka menelan belanja sebanyak 2 juta ringgit. Sudah hampir 15 tahun cadangan ini ingin dilaksanakan tetapi tergendala oleh sebab faktor ekonomi yang tidak mengizinkan.
Hasil kerjasama peneroka dan sumbangan dari pelbagai pihak telah dapat mengumpul dana sebanyak RM 350,000.00. Cadangan pembinaan masjid baru adalah bertujuan untuk memberi keselesaan pada para jemaah, ini disebabkan kawasan dalam masjid yang rendah serta terlalu panas dan berbahang.
Kami bagi pihak AJK masjid menyeru pada muslimin dan muslimat yang berkemampuan untuk menyumbang bagi mengumpul dana bagi tujuan pembinaan masjid tersebut. Semoga Allah akan memberkati segala sumbangan yang diberikan.
Setiap sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek ke akaun CIMB Bank : 0002560052(Badan Masjid dan Agama Felda Air Tawar 2)

Petikan Kutbah
' Agihan Zakat Di Negeri Johor '
Zakat adalah ibadah khusus yang berkait rapat dengan edaran ekonomi dan penghidupan masyarakat, juga merupakan nadi penggerak jentera pembangunan masyarakat. Zakat satu kewajipan untuk memastikan semua urusan ekonomi dan pemilikan harta tidak dibekukan dan tidak dikuasai oleh satu golongan tertentu sahaja. Rezeki pemberian Allah s.a.w hendaklah dinikmati bersama dan dikembang-baikan menurut peraturan syarak.
Pelaksanakan pungutan dan pembahagian zakat oleh pihak berkuasa adalah satu tanggungjawab yang akan membawa berkat yang berterusan kepada semua pihak, termasuk orang yang mengeluarkan zakat dan orang yang menerimanya.
Zakat hendaklah diagih-agihkan kepada golongan tertentu sepertimana firman Allah s.a.w dalam surah At-Taubah ayat 60 bermaksud :
” Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil yang menguruskannya, orang mualaf dijinakkan hatinya, untuk hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang yang demikian ayat ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya daripada Allah. Ingatlah Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.”
Berdasarkan ayat tersebut terdapat lapan Asnaf (golongan yang berhak menerima zakat). Mereka ialah fakir miskin, amil, mualaf(saudara baru), rikab (hamba yang hendak memerdekakan diri), gharim(orang yang berhutang),fi sabilillah (untuk dibelanjakan pada jalan Allah) dan ibnu sabil (orang musafir). Dinegeri Johor zakat diagihkan kepada semua asnaf tersebut.
Fakir dan miskin ialah golongan yang lebih utama mendapat habuan zakat. Menurut Imam Shafie. Fakir ialah orang yang tidak berharta dan tidak mempunyai pekerjaan, atau pun mereka mempunyai harta atau pendapatan daripada pekerjaan tetapi tidak sampai separuh daripada keperluan sara hidupnya. Miskin ialah orang yang mempunyai harta atau pendapatan daripada pekerjaan melebihi separuh keperluan sara hidup tetapi masih belum mencukupi kesemua keperluan hidup yang asas.
Dinegeri Johor agihan zakat kepada mereka merangkumi bantuan keperluan hidup, bantuan untuk menyambut hari raya , bantuan kepada warga tua, bantuan perubatan, bantuan bencana alam, bantuan berdikari, bantuan persekolahan dan pendidikan, juga bantuan perumahan.
Amil ialah orang yang dilantik untuk mengendalikan urusan zakat. Termasuk dalam bahagian ini ialah peruntukkan bagi gaji dan elaun kakitangan, pengurusan dan pentadbiran, percetakan, sagu hati amil zakat fitrah dan zakat harta, kursus dan latihan kakitangan dan amil, juga penyelenggaraan harta.
Mualaf (saudara baru) ialah orang yang baru menganut islam. Mereka diberikan harta zakat agar dapat mempertingkat keimanan disamping rasa dihargai oleh saudara se-islam.
Di Negeri Johor agihan kepada asnaf ini merangkumi sagu hati tenaga pengajar saudara baru,majlis pengislaman, kursus kefahaman islam, tambang dan elaun menghadiri kelas bimbingan, aktiviti pengukuhan islam dikalangan masyarakat orang asli dan bantuan kepada saudara baru merangkumi bantuan-bantuan sara hidup, perubatan, berdikari, pelajaran dan lain-lain.
Gharim (orang yang berhutang) dan sukar untuk membayarnya. Doktor Al-Qardawi membahagikan mereka kepada dua golongan iaitu: Pertama, orang yang berhutang untuk diri sendiri seperti perbelanjaan tempat tinggal, perkahwinan, rawatan perubatan dan seumpamanya. Kedua untuk umum seperti berhutang untuk meninggikan kedudukan umat islam dengan mendirikan hospital, sekolah, masjid dan lain-lain.
Bagi Asnaf Fi-Sabilillah, agihan zakat diberikan bagi pentadbiran dan pengurusan pelajaran dan pendidikan seperti Pusat Pengajian Tinggi Bahasa Arab Johor, Maahad Johor, Maahad Pontian dan Sekolah menengah agama Parit raja. Selain itu agihan juga diberikan bagi elaun imam, bil dan noja masjid dan surau, bantuan kursus diploma pendidikan, bantuan dana masjid dan surau, sagu hati penghafaz Al-Quran dan lain-lain
Ibnu Sabil ialah orang musafir dengan tujuan yang diharuskan seperti belajar, berdakwah, mencari rezeki, dan seumpamanya. Dinegeri Johor agihan diberikan bagi tambang perjalanan untuk pelajar dan bantuan kepada orang yang terkandas dalam perjalanan.
Syarak telah menetapkan harta tertentu yang dikenakan zakat dan golongan tertentu yang berhak menerima zakat. Ketetapan ini untuk memastikan harta zakat tidak disalahgunakan. Peredaran pusingan harta ini menjanjikan peralihan dan perkembangan dalam ekonomi umat islam. Marilah kita melaksanakan kewajipan kita semoga kita termasuk dalam golongan orang diisyaratkan Allah menerima firmannya dalam surah Al-Nisa ayat 124 :
”Sesiapa yang mengerjakan amal soleh daripada lelaki dan perempuan sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke syurga dan mereka tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun”

Profile Masjid
Ahli Jawatan Kuasa Masjid 
MAKLUMAT ASAS
Penaung Masjid
- Ketua Kampung
01. En Sahron bin Abd Rahman
- Pengurus Felda
02. En Samsuddin Bin Thani
- Pegawai Sosial
03. En Mat Daud bin Ab Majid
Pengurusan Masjid
- Pengerusi Badan Masjid
01. Tn. Hj. Salman bin Kardi
- Timbalan Pengerusi
02. En.Khalid Bin Azali
- Setiausaha
03. En.Mohd Nizam Bin Mohd Ajis
- Bendahari
04. Tn Hj Mohid bin Abu Nari
- AJK Biro Sosial
05 Tn Hj Mohamed bin Maanoh
- AJK Wanita
05. Pn Hjh. Sapurah Bte Kassan
- AJK Pendidikan
06. Mohd Nizan bin Abd Rahim
- AJK Biro Keceriaan
09. Tn Hj Mohammad bin Masturi
- AJK Biro Rakan Muda
11. En Rosli Bin Amat Bohari
Pegawai Masjid
- Imam
01. Tn Hj Idris Bin Hussin
- Imam
02. Tn Hj Ajamin Bin Sutan
- P/Imam
03. Ustaz Mohd Nizan Bin Ab Rahim
- P/Imam
04. Ustaz Mohammad Fadzli Bin Hj Hassan
- Bilal
05. En Jaipon bin Kamaron
- Bilal
06. En Masran Bilal
- Bilal
07. Tn Hj Ali bin Hamid
- Noja
08. Tn Hj Salleh bin Ismail
- Noja
09. Tn Hj Hussin bin Bakar
- Noja
10. Tn Hj Nassaruddin Bin Hj Hassan
- Noja
11. Tn Hj Ali bin Gandak
MAKLUMAT ASAS
Penaung Masjid
- Ketua Kampung
01. En Sahron bin Abd Rahman
- Pengurus Felda
02. En Samsuddin Bin Thani
- Pegawai Sosial
03. En Mat Daud bin Ab Majid
Pengurusan Masjid
- Pengerusi Badan Masjid
01. Tn. Hj. Salman bin Kardi
- Timbalan Pengerusi
02. En.Khalid Bin Azali
- Setiausaha
03. En.Mohd Nizam Bin Mohd Ajis
- Bendahari
04. Tn Hj Mohid bin Abu Nari
- AJK Biro Sosial
05 Tn Hj Mohamed bin Maanoh
- AJK Wanita
05. Pn Hjh. Sapurah Bte Kassan
- AJK Pendidikan
06. Mohd Nizan bin Abd Rahim
- AJK Biro Keceriaan
09. Tn Hj Mohammad bin Masturi
- AJK Biro Rakan Muda
11. En Rosli Bin Amat Bohari
Pegawai Masjid
- Imam
01. Tn Hj Idris Bin Hussin
- Imam
02. Tn Hj Ajamin Bin Sutan
- P/Imam
03. Ustaz Mohd Nizan Bin Ab Rahim
- P/Imam
04. Ustaz Mohammad Fadzli Bin Hj Hassan
- Bilal
05. En Jaipon bin Kamaron
- Bilal
06. En Masran Bilal
- Bilal
07. Tn Hj Ali bin Hamid
- Noja
08. Tn Hj Salleh bin Ismail
- Noja
09. Tn Hj Hussin bin Bakar
- Noja
10. Tn Hj Nassaruddin Bin Hj Hassan
- Noja
11. Tn Hj Ali bin Gandak
Subscribe to:
Comments (Atom)
Selamat Hari Raya 1428H
Badan Masjid Dan Agama Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Pada Semua Muslimin Dan Muslimat..Berhati-Hati Dijalan Raya.